Faktor genetik menyumbang antara faktor utama masalah keguguran rambut kerana genetik anda mewarisi genetik ibu dan bapa anda. Jika bapa anda mengalami masalah keguguran rambut dan menjadi botak, kemungkinan besar anda juga akan menghidapinya.
Masalah kesihatan juga boleh menyebabkan rambut anda keguguran. Kesan daripada pengambilan ubat-ubatan mengakibatkan kesan sampingan keguguran rambut. Risiko keguguran rambut adalah lebih tinggi jika anda menghidap diabetes.
Jangan pandang ringan jika anda menghadapi stress atau tekanan perasaan kerana ini juga merupakan faktor penyumbang keguguran rambut anda. Jika anda perhatikan di waktu anda stress semakin banyak rambut anda yang akan gugur. Oleh itu anda perlulah menjaga kesihatan emosi anda sebaiknya.
Jika tiba-tiba anda mengalami keguguran rambut yang mengakibatkan kebotakan di sebahagian kelompok kepala anda, kemungkinan anda mengalami keadaan genetik yang dipanggil Alopecia Areata. Ia berlaku apabila sistem imun tubuh menyerang folikel rambut anda dan menyebabkan kelompok kecil rambut akan gugur.
Kit ini dilengkapi dengan syampu, perapi dan juga serum minoxidil. Penggunaan tiga produk ini akan membantu anda memelihara kulit kepala. Selain itu formula didalam kit ini membantu mengurangkan masalah keguguran rambut dan juga mengalakkan pertumbuhan rambut baru. Tetapi penggunaan kit rambut ini memerlukan kesabaran dan masa untuk membuahkan hasil.
Kaedah ini dianggap paling efektif kerana anda akan dapat melihat hasil yang cepat. Proses penanaman rambut hanya mengambil masa lebih kurang 8 jam sahaja. Ia melibatkan proses pengekstrakan rambut penderma iaitu rambut anda sendiri di bahagian belakang kepala dan akan ditanam di bahagian yang botak.
Kos rawatan yang amat murah menjadi sebab ramai pelancong dari seluruh dunia untuk melakukan rawatan di Turki. Harga yang ditawarkan mampu menjimatkan 50% daripada kos yang akan dikeluarkan jika anda membuat rawatan di Malaysia.
Turki mempunyai ramai pakar bedah yang profesional. Hasil yang sempurna untuk mengembalikan rambut anda seperti remaja.
Turki menyediakan kelengkapan perubatan yang moden dan bertaraf dunia. Jadi hasil dan kesan adalah sama seperti negara maju seperti eropah dan amerika
Turki terkenal sebagai pusat pelancongan yang dihadiri oleh ramai pelancong dari asia, eropah dan amerika kerana negara tersebut menyimpan pelabagai sejarah tamadun. Disamping anda membuat rawatan di Turki anda juga berpeluang untuk melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah di Turki.
FUE adalah Follicular Unit Extraction, melibatkan cabutan rambut yang sihat dari area penderma (DONOR) yang kebiasaannya dari bahagian belakang kepala. Rambut yang dicabut ini kemudiannya akan ditanam di bahagian kepala yang botak (atas dan depan)
Kembalikan Rambut Lebat Dalam 3 Hari Rawatan Sambil Melawat Istanbul
Maksimum 8 Jam Untuk Rawatan
Bius Akan Disuntik Untuk Menghilangkan Rasa Sakit Semasa Pembedahan
Sebanyak Tiga Ribu Hingga Lima Ribu Graft Rambut Akan Ditanam
Sekitar 6-8 jam sahaja bergantung kepada jumlah graft yang ingin ditanam
Harga Rm13999 adalah termasuk semua seperti kos rawatan, tiket penerbangan, hotel, pengangkutan dan tour istanbul. Tiada Cas Tersembunyi
Anda tidak akan berasa sakit kerana ubat bius akan diberikan sebelum operasi dilakukan.
Tidak perlu tinggal di hospital. Selepas pembedahan dilakukan anda boleh terus berehat di hotel yang disediakan
Pihak klinik akan memberikan sijil guarantee kepada setiap peserta